Friday, 23 August 2013

geograf manusia STPM penggal 1

Piramid kependudukan regresif
 Piramid penduduk peralihan atau regresif diwakili oleh negara-negaraSweden[lebih stabil], Perancis,Denmark, USA, UK, Jerman dan Singapura

Ciri-ciri piramid regresif¢  Saiz tapak piramid yang sempit n puncaknya yg agak tirus menunjukkan kadar kelahiran dan kadar kematian yang rendah.
  • Puncak piramid yang lebar pula merujuk kepada jangka hayat penduduk adalah tinggi,dianggarkan jangka hayat penduduk di negara maju ialah 80 tahun ke atas.
¢  Cerun piramid yang cembung menunjukkan golongan dewasa yang produktif adalah ramai berbanding dengan golongan muda dan tua.Golongan dewasa yang ramai akan menyebabkan nisbah tanggungan menjadi rendah , pendapatan perkapita penduduk menjadi tinggi , dan taraf hidup penduduk meningkat.Tahap teknologi yang tinggi bukan sahaja digunakan untuk sumber alam malahan mula menggantikan tenaga sumber manusia khususnya dalam industri pembuatan dan perladangan.Ciri-ciri kependudukan pyramid regresif1.Kadar kelahiran semakin menurun :¢  Perlaksanaan saiz keluarga yang kecil¢  Keberkesanan perancangan keluarga¢  Peningkatan tahap pendidikan penduduk.¢  Perkahwinan lewat.¢  Peningkatan wanita yang berkerjaya.¢  Perubahan gaya hidup dan status quo masyarakat.2.Purata jangka hayat tinggi :    a) amal n pemakanan yang seimbang , sihat , dan berzat yang diamalkan oleh penduduk semenjak di usia muda.    b) kesedaran yang tinggi kepada amalan hidup yang sihat dan kualiti penjagaan kesihatan sepanjang hayat.    c) kejayaan dalam bidang perubatan yang berupaya mengawal pelbagai penyakit merbahaya yang menyerang golongan tua seperti kencing manis , darah tinggi , dan barah.


Kesan piramid regresif terhadap pembangunan Negara¢  Peratus penduduk dalam lingkungan umur bekerja adalah besar. Ini bererti pendapatan negara dapat ditingkatkan dan negara dapat dimajukan. Taraf hidup penduduk  dapat ditingkatkan dan penduduk dapat menikmati taraf kesihatan yang tinggi.¢  peratusan penduduk muda yang berkurang bererti beban tangungan golongan muda semakin ringan. Lebih banyak sumber dapat digunakan untuk memajukan negara dan meningkatkan kualiti hidup.¢  Bilangan kelahiran yang berkurang bererti negara akan menghadapi kekurangan penduduk muda dan penduduk dewasa pada masa hadapan. Kemudahan untuk memenuhi keperluan golongan muda juga dapat dirancang dengan lebih baik , termasuk keperluan kesihatan , pendidikan dan kesukanan.¢  Peratusan penduduk  tua adalah lebih tinggi kerana jangka hayat dilanjutkan disebabkan taraf hidup dan taraf kesihatan  yang lebih tinggi. Peratusan mereka akan meningkatkan lagi kerana graf masih menirus keatas. Akibat lanjutan jangka hayat , lebih banyak kemudahan perlu disediakan untuk kumpulan tua, termasuk kemudahan perubatan dan rumah orang tua.¢  Penurunan kadar kelahiran bererti negara akan menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja tempatan dan akan memerlukan bantuan pekerja asing.
  



No comments:

Post a Comment