Pengenalan Kepada
Perniagaan
Definisi Perniagaan
- aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran nilaibagi mendapatkan keuntungan.
Empat Konsep Asas
Perniagaan
1.Barangan dan
perkhidmatan
- barangan adalah
produk fizikal seperti kenderaan,makanan,pakaian dan sebagainya.
-perkhidmatan
merupakan aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada perniagaan seperti
perkhidmatan pengangkutan , insurans, pelancongan dan sebagainya.
-barangan dan
perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan
manusia.
2. Memuaskan keperluan
dan kehendak pelanggan
-keperluan merujuk
kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan manusia seperti tempat
tinggal, makanan, pakaian dsb.
-kehendak merujuk
kepada penggunaan barangan yang tidak terhad untuk kesel;esaan hidup seperti
hiburan, peralatan rumah dsb.
-untuk mencapai
keuntungan, perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat
memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.
3. Pertukaran nilai
- merujuk kepada
perpindahan barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan kepada pelanggan.
- barangan dan
perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh peniaga
biasanya dalam nilai wang.
- proses ini
melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli.
4. Keuntungan
perniagaan
- keuntungan adalah
matlamat utama semua perniagaan.
- keuntungan adalah
hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-kos
pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat.
- keuntungan adalah
kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan yang mampu bersaing di
pasaran.
Perniagaan dan bukan
perniagaan
-Perniagaan bermotifkan keuntungan ( lihat definisi
perniagaan), contoh perniagaan: Proton, KFC,Petronas dsb.
-selain keuntungan
,objektif lain adalah:
i. Penakatan(survival)-
untuk terus beroperasi di pasaran.
ii. Pertumbuhan- untuk
memajukan/mengembangkan syarikat seperti pembukaan beberapa cawangan.
iii. Tanggungjawab
sosial-komitmen oleh pihak syarikat memberi perhatian kepada
keperluan/kebajikan awam seperti mengawal pencemaran persekitaran
-Bukan perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjaga
kepentingan dan mencapai tujuan masyarakat atau ahli mereka.
-dibahagikan kepada
dua kategori utama iaitu agensi
kerajaan dan badan sukarela.
-Agensi kerajaan yang
ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk menjaga kepentingan dan memberi
perkhidmatan kepada masyarakat, seperti hospital,sekolah, bomba dsb.
- Badan sukarela yang
ditubuhkan oleh sekumpulan manusia yang bertujuan untuk menjaga kepentingan
ahli dan memberi perkhidmatan tertentu kepada ahli atau masyarakat umum,
seperti FOMCA,PEMADAM,Greenpeace dsb.
Perbezaan antara
perniagaan dan bukan perniagaan
Dimensi
|
Perniagaan
|
Bukan
Perniagaan
|
Matlamat utama
|
Keuntungan
|
Kebajikan ahli dan kesejahteraan
awam
|
Sumber kewangan
|
-keuntungan
-modal
-pinjaman
|
Yuran dan bantuan
|
Aktiviti
|
Jual beli
|
Perkhidmatan masyarakat
|
Cukai
|
Dikenakan atas keuntungan
|
dikecualikan
|
Kepentingan
bukan perniagaan kepada perniagaan:
1.
Menyediakan
kemudahan asas.
2.
Menyediakan
tapak perniagaan.
3.
Memberi
perlindungan dan keselamatan.
4.
Mengurangkan
masalah sosial.
5.
Menyediakan
maklumat-maklumat dan memberi khidmat masyarakat.
Kepentingan perniagaan
kepada bukan perniagaan:
1.
Membiayai
aktiviti bukan perniagaan seperti cukai, derma.
2.
Menyediakan
barangan dan perkhidmatan.
3.
Membantu
dalam menyediakan infrastruktur awam.
4.
Menggunakan
perkhidmatan bukan perniagaan.
Perniagaan dan Untung
-untung merupakan hasil bersih daripada aktiviti perniagaan
setelah jumlah perbelanjaan ditolak daripada jumlah hasil.
-kepentingan keuntungan kepada perniagaan:
1. Merupakan ganjaran kepada pengusaha kerana kesanggupan
menanggung risiko.
2. Sumber modal bagi pembesaran dan penerusan perniagaan
(survival)-pelaburan semula keuntungan.
3. Tahap keuntungan melambangkan imej/kecemerlangan
syarikat.
4. Matlamat dan hala tuju-ukuran kepada prestasi
perniagaan.
5. Keyakinan/dorongan kepada pelabur.
6. Menyumbang kepada pembangunan kawasan setempat.
Perniagaan dan Ekonomi
Kepentingan aktiviti perniagaan terhadap ekonomi:
1.
Mewujudkan peluang perniagaan dan
mengurangkan kadar pengangguran.
2.
Memberi pendapatan kepada
negara-melalui sebarang cukai perniagaan.
3.
Mewujudkan dan mengembangkan
industri sokongan.
4.
Mewujudkan penempatan baru atau
Bandar baru.
5.
Menstabilkan harga barang.
6.
Meningkatkan kemudahan awam seperti
infrastruktur, pengangkutan dan perhubungan.
Keadaan ekonomi yang dapat merangsang perkembangan sesebuah
perniagaan:
1.
Ekonomi yang stabil melalui politik
dalam Negara yang stabil.
2.
Sistem kewangan atau perbankkan yang
liberal-kemudahan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.
3.
kuasa beli pengguna yang
tinggi-menjamin permintaan terhadap keluaran perniagaan sentiasa tinggi.
4.
Nilai mata wang yang stabil- tidak
perlu menanggung kos yang tinggi bila mengimport barangan daripada luar.
5.
Penawaran pelbagai insentif bagi
mempromosikan aktiviti pelaburan seperti taraf perintis.
Perniagaan dan Masyarakat
Peranan perniagaan terhadap masyarakat;
1.
Menyediakan barangan dan
perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
2.
Memberi pendapatan dan meningkatkan
taraf hidup masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan.
3.
Melibatkan dalam aktiviti sosial
seperti derma , penajaan dsb.
4.
Meningkatkan kemudahan infrastruktur
seperti jalan raya, perhubungan, taman rekreasi dsb.
5.
Menjaga alam sekitar daripada
terjejas akibat aktiviti perniagaan.
Perniagaan dan Kerajaan
Kepentingan agensi kerajaan kepada perniagaan
1.
Mengeluarkan lesen perniagaan-
perniagaan beroperasi.
2.
Menyediakan infrastruktur untuk
kemudahan perniagaan- jalan raya, pelabuhan dsb.
3.
Menyediakan kawasan industri dan
lokasi perniagaan- zon perdagangan, tapak kilang dsb.
4.
Menyediakan sumber kewangan untuk
membiayai perniagaan- MARA, bank pertanian dll.
5.
Menyediakan dasar,peraturan dan
prosedur- persaingan yang sihat.
6.
Menbangunkan teknologi dan
penyelidikan- MARDI,SIRIM, universiti.
Kepentingan perniagaan kepada kerajaan.
1.
Mendapat cukai-aktiviti pembangunan
negara.
2.
Peluang pekerjaan dan mengurangkan
pengganguran.
3.
Menyediakan barangan dan
perkhidmatan kpd kerajaan-kenderaan.
4.
Menstabilkan dan meningkatkan
ekonomi negara.
5.
Membina imej dan daya saing
negara-aktiviti ekspot, barangan berkualiti.
Faktor Pengeluaran
1.
Tanah- digunakan untuk tapak
perniagaan dan mendapatkan bahan mentah.
2.
Buruh-individu yang menyumbangkan
masa,tenaga dan kemahiran dalam aktiviti perniagaan..
3.
Modal- sebarang bentuk kekayaan yang
digunakan untuk menambahkan kekayaan dalam aktiviti perniagaan.(wang atau
aset).
4.
Keusahawanan-individu yang berani
mengambil risiko dan berpandangan jauh dalam perniagaan.
5.
Teknologi-kaedah menjalankan
aktiviti perniagaan mengikut perkembangan semasa.
Memenuhi Keperluan Dengan Sumber Terhad
1.
Usahawan perlu mengusai ilmu
pengurusan perniagaan supaya pengurusan lebih cekap.
2.
Kaedah pengeluaran yang paling cekap-
samada memilih kaedah berintensifkan buruh atau berintensifkan modal.
3.
Strategi pemasaran yang sesuai dalam
mengagihkan keluaran kepada pengguna berpotensi.
4.
Memberi keutamaan kepada pengeluaran
yang dijangka dapat memberikan pulangan yang banyak.
5.
Menabung untuk kegunaan masa depan.
PROSES PERNIAGAAN
-adalah aktiviti
tambah nilai dalam proses
tranformasi terhadap input-input pengeluaran bagi menghasilkan output untuk diagihkan di pasaran dengan tujuan mendapatkan keuntungan.
Input
-faktor-faktor pengeluran
yang akan digunakan oleh kilang untuk mengeluarkan barangan.
Proses tranformasi
-proses pertukaran dan
tambah nilai input organisasi dengan menggunakan pengurusan dan teknologi bagi
menghasilkan output.
Output
-barangan atau
perkhidmatan yang dihasilkan/hasil akhir organisasi.
INPUT
-------------- PROSES TRANFORMASI --------------
OUTPUT
Kilang
proses penukaran input kpd
input
Kasut
Bahan mentah
Tayar
Buruh
Pakaian
Mesin
Hospital
Peralatan
Perhotelan
dll
dll
Peringkat dalam Proses
Perniagaan
Terdapat 3 peringkat:
1.
Membangunkan
keluaran
-mengenalpasti
terhadap keluaran yang akan dikeluarkan.
-hendaklah mengambil
kira kepuasan dan keperluan pengguna.
-terdapat dua kaedah
untuk pembangunan keluaran:
a. Inovasi
-perubahan keluaranyang sedia ada dari segi penambahan fungsi
kegunaan,peningkatan mutu keluaran,bentuk keluaran serta menambahkan
kecekapan dan keberkesanan terhadap sesuatu keluaran.
b.Penciptaan barang
baru
-melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mencipta barang baru.
-melakukan penyelidikan pemasaran untuk memastikan keluaran memenuhi keperluan
pengguna.
2.
Menguruskan
permintaan
-menarik minat bakal
pembeli untuk mencuba dan membeli keluaran.
-mewujudkan permintaan
terhadap keluaran baru dan mengekalkan permintaan keluaran sedia ada.
-aktiviti yang
dilakukan pada peringkat ini:
a. membuat penyelidikan
pasaran
b.menjalankan promosi
dan pengiklanan
c.melakukan aktiviti
penjualan yang efektif.
3.
Memenuhi
pesanan
- untuk memastikan pembeli mendapat barangan
yang dipesan tepat pada masa dan kuantiti serta kualiti yang dijanjikan.
- Merangkumi aktiviti mendapatkan bahan mentah,
mengendalikan proses pengeluaran, pemasangan,penyimpanan dan penghantaran
barang ke pengguna.
- Penjadualan pengeluaran tepat supaya pesanan
tak tergendala.
- Khidmat selepas jualan perlu disediakan.
- Kaedah pemasangan barangan juga disediakan.
- Saluran agihan yang sesuai ditentukan.
PERNIAGAAN KINI DAN
AKTIVITI PERNIAGAAN MASA DEPAN
Aktiviti perniagaan
kini
1.
Berkait
rapat dengan perubahan persekitaran perniagaan seperti penggunaan teknologi
moden.
2.
Perkembangan
teknologi maklumat telah mengubah corak komunikasi dan hubungan antara
perniagaan seperti komunikasi melalui computer dengan menggunakan internet
lebih cepat dan mudah.
3.
Pencapaian,penghantaran
dan penyimpanan maklumat perniagaan lebih cepat, tersusun serta memudahkan
usahawan membuat keputusan dengan pantas.
4.
Menguruskan
sumber kewanagn dengan lebih berkesan seperti proses merekod,laporan
kewangan,analisis prestasi kewangan dengan cekap,pantas dan tepat.
5.
Proses
transaksi kewangan lebih licin dan cepat seperti pembayaran terhadap pembelian
sumber-sumber dan pembayaran gaji dapat dibuat melalui bank dengan cepat.
6.
Aktiviti
pasaran lebih meluas dalam memasarkan barangan dan perkhidmatan.
CABARAN PERNIAGAAN
MASA DEPAN
1.Globalisasi/Dunia
tanpa sempadan
- persaingan sengit (
kualiti,harga,penyampaian), mobility pekerja/modal, celaru budaya.
2. Peningkatan Kemajuan Teknologi
-perubahan
produk,tempoh ke pasaran semakin pendek, perlu kemahiran teknologi, perlu modal
tinggi.
3.Peningkatan
tanggungjawab social
- batasan aktiviti
komersial, desakan/tekanan pihak NGO, kerajaan,pihak berkepentingan, buruh
kanan-kanak, prihatin terhadap OKU.
4. Peningkatan system perniagaan islam(PERBANKAN
ISLAM)
-pematuhan syariah
5. Kewujudan blok-blok perdagangan
- ketepuan pasaran,
persaingan sengit,batasan perdagangan
6.Sumber semakin
berkurangan
-batasan pengeluaran,
perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi,meningkatkan
produktiviti(meningkatkan kecekapan penggunaan sumber)
7.Perubahan struktur
demografi
-kebanjiran tenaga
wanita dalam pasaran,memerlukan kemudahan/suasana kerja yang berbeza daripada
suasana biasa, hayat semakin panjang-ramai pekerja yang sudah matang.
PERSEKITARAN
PERNIAGAAN
Persekitaran
Umum/Tidak Langsung
1.
Ekonomi
-keadaan/persekitaran
ekonomi-melambung atau meleset, kuasa beli, harga barangan.
-kadar pertukaran mata
wang menarik
-sistem kewangan dan
perbankan yang efisien
-peniaga yang
beretika.
2.
Sosiobudaya
- Nilai-nilai bersama yang dikongsi oleh satu kumpulan
masyarakat.
- Budaya unik-kepelbagaian agama, adapt resam,
perayaan , makanan,pakaian dsb.
- Perubahan gaya hidup-gaya
hidup moden dan nilai tradisional.
- Perubahan dan peningkatan nilai
sosial-penjagaan kesihatan, hak-hak pengguna,alam sekitar dsb.
3.
Politik
dan perundangan
- tekanan yang berkaitan dengan kuasa dan
kerajaan serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.
- Sistem pemerintahan dan gaya kepimpinan.
- Keselamatan dan keadilan sistem perundangan
- Kestabilan politik akan menjamin kestabilan
ekonomi.
4.
Teknologi
- kaedah dalam proses penukaran input kepada
output.
- Penggunaan teknologi dapat meningkatkan
pengurusan operasi,produktiviti, kecekapan dan maklum balas pelanggan.
5.
Fizikal
- pengagihan produk-pergerakan barangan dan
perkhidmatan pengeluar kepada pengguna.
- Merujuk kepada kemudahan
fizikal(bangunan,jalanraya,perhubungan)
- System pengangkutan/perjalanan/perhubungan
- System komunikasi(telefon,internet,faks)
6.
Persaingan
dan jaringan
- Persaingan-ancaman yang diberikan oleh
perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama atau pengganti, pada pasaran yang
sama dengan produk usahawan.
- Jaringan perniagaan-pakatan strategik yang di
bentuk oleh perniagaan dengan pembekal,pengilang atau pengedar untuk
menghasilkan roduk atau memasarkanya di pasaran.
- Kelebihan saingan- keupayaan perniagaan
mengatasi pesaing mereka dengan menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang
lebih cekap dan berkesan daripada pesaing.
- Persaingan tulen- keadaan pasaran yang
terdapat banyak firma pengeluar di dalam sesuatu industri yang mengeluarkan
produk yang serupa dan tiada firma mempunyai kelebihan saingan.
- Persaingan monopolistik- keadaan pasaran yang
terdapat ramai pengeluar yang menawarkan produk yang sama dan produk tersebut
dilihat oleh pembeli berbeza disebabkan oleh aktiviti pemasaran dan keunikan
produk tersebut.
- Monopoli- merujuk kepada hanya ada satu firma
yang menghasilkan produk dan tidak terdapat produk pengganti.
PERSEKITARAN
TUGAS/LANGSUNG
1.
Pelanggan
- merupakan individu atau kumpulan yang membeli
barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma.
- Perlu prihatin terhadap
keperluan/kehendak/kebajikan pelanggan dipelihara dengan baik,maka jualan akan
bertambah dan keuntungan meningkat.
- Jualan firma menurun dan keuntungan akan
terjejas, jika kebajikan pelanggan di abaikan.
2.
Pembekal
- merupakan pihak yang membekalkan sumber
input/bahan mentah kepada perniagaan.
- Hubungan yang baik antara pembekal dan
perniagaan akan menjamin bekalan yang berterusan.
- Pembayaran hutang yang segera perlu supaya
bekalan tidak terjejas.
3.
Pembiaya
dan Pemodal
- pembiaya adalah pihak yang memberi pinjaman
kepada perniagaan seperti bank (kreditor)
- pemodal adalah pihak yang melabur modal dalam
perniagaan sebagai pelabur atau pemegang saham.
- Pembayaran dividen yang tinggi dan tepat pada
masanya akan menambahkan kemasukan modal syarikat.
- Kelewatan pembayaran dan dividen yang rendah
akan menyebabkan firma kehilangan/kekurangan modal pada masa depan.
- Pembayaran balik ikut jadual kepada pihak
kreditor.
4.
Kerajaan
- pihak yang menggubal dasar-dasar/undang-undang
dan menguatkuasakan undang-undang agar perniagaan dapat beroperasi dengan
lancar.
- Mesti patuh dan bekerjasama dengan kerajaan
agar hubungan baik dapat dilakukan.
- Jika abaikan alam sekitar dan menaikkan harga
sewenang-wenangnya, sokongan masyarakat akan berkurangan.
5.
Pekerja
- sumber manusia yang menyumbangkan tenaga,
kemahiran,pemikiran dan pengetahuan bagi menjalankan tugas dalam sesebuah
organisasi.
- Pekerja yang berkualiti dan berpuashati
suasana kerja akan memberikan pulangan kpd perniagaan dengan menghasilkan
produk dan perkhidmatan yang berkualiti.
- Beri latihan/kursus/motivasi dan pembayaran
gaji ikut kontrak
- Jika kebajikan diabaikan, produk tidak
berkualiti dihasilkan dan akan menyebabkan kehilangan pelanggan.
6.
Pesaing
- merujuk kepada syarikat yang mengeluarkan
produk yang sama dan dijual dalam pasaran yang sama dengan produk usahawan
- pesaing boleh memberi sumbangan dari segi
meningkatkan kualiti produk secara umum.
- Persaingan perlu adil tanpa melanggar
etika/peraturan perniagaan.
ENTITI PERNIAGAAN
Pemilikan tunggal
- sebuah organisasi perniagaan yang dimiliki
oleh seorang pemilik/seorang individu sahaja.
Kelebihan pemilikan
tunggal:
1.Perniagaan mudah
ditubuh dan dibubarkan.
2.Perniagaan mudah
diurus.
3.Pemilik bebas
mengurus dan mengawal syarikat.
4.Pemilik bebas
membuat keputusan dan perlaksanaan.
5.Keuntungan adalah
kepunyaan pemilik sepenuhnya.
Kelemahan pemilikan
tunggal
1.Kesukaran untuk
mendapat modal yang besar.
2.Sukar mendapat
kredit atau pinjaman.
3.Modal yang terhad
menghalang perkembangan perniagaan.
4.Menanggung beban
yang banyak dalam menguruskan perniagaan.
5.Kemahiran pemilik
terhad dalam mengurus perniagaan.
6.Jangka hayat
perniagaan pendek/tiada jaminan akan berterusan.
PERKONGSIAN
-entiti perniagaan
yang dimiliki sekurang-kurangnya dua individu dan tidak melebihi 20 orang
pemilik.
-butir-butir yang
terdapat dalam perjanjian:
1. nama dan alamat
ahli perkongsian.
2. nama dan jenis
perniagaan yang dijalankan.
3.jumlah modal yang
dilaburkan oleh setiap ahli.
4.nisbah pembahagian
untung rugi.
5.tempoh perkongsian
6.tanggungjawab dan
kuasa setiap ahli
7. syarat penamatan
perkongsian.
-sekiranya tiada
ikatan perjanjian dibuat, ahli-ahli tertakluk kepada syarat-syarat perkongsian
yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
1. untung dan rugi
diagih sama rata.
2. urusan atau operasi
perniagaan dijalankan bersama
3. ahli-ahli
perkongsian tidak berhak dibayar gaji
4. modal yang
disumbangkan tidak akan dibayar faedah.
5. faedah 5% dikenakan
kepada ahli yang meminjam.
6.penyelesaian masalah
berdasarkan undi majority.
-terdapat dua jenis
perkongsian:
1.Perkongsian biasa
-menguruskan perniagaan.
-bertanggungjawab terhadap semua tanggungan perniagaan
-liabiliti syarikat secara tidak terhad/menjelaskan hutang kepada
perniagaan.
2.Perkongsian terhad
-melaburkan modal dan mendapatkan pulangan ke atas modal.
-tidak terlibat dalam pengurusan dan operasi perniagaan.
-liabiliti adalah terhad/tanggung kerugian terhadap modal yang dilaburkan saja.
Kelebihan perkongsian
1.
Prosedur
penubuhan agak mudah/tidak memerlukan prosedur yang rumit.
2.
Sumber
modal lebih baik kerana sumbangan daripada ahli-ahli.
3.
Lebih
mudah untuk mendapat kredit/pinjaman.
4.
Risiko
perniagaan dapat disebarkan di kalangan ahli-ahli.
5.
Dapat
berkongsi kepakaran,pengetahuan ,idea dan kebolehan ahli-ahli.
Kelemahan perkongsian
1.
Tanggungan
tidak terhad (kecuali ahli terhad) dan melibatkan harta peribadi.
2.
Kemungkinan
berlaku salah faham dan pertelingkahan antara ahli.
3.
Persetujuan
semua rakan kongsi perlu sebelum sebarang keputusan dibuat.
4.
Maklumat
perniagaan tidak dapat dirahsiakan daripada pengetahuan rakan kongsi.
5.
Jangka
hayat perniagaan pendek kerana kematian,bankrap,tak siuman ahli-perkongsian
terbubar.
SYARIKAT BERHAD
-mempunyai tanggungan
terhad,jika berlaku kerugian segala tanggungan hanya ke atas jumlah modal yang
dilaburkan dalam perniagaan.
-terdapat 2 jenis
syarikat:
1. Syarikat sendirian
berhad-sebuah syarikat berhad yang dimiliki oleh kumpulan individu yang
mempunyai ahli antara dua hingga 50 orang.
2. Syarikat awam
berhad- sebuah syarikat berhad yang dimiliki oleh masyarakat awam dan mempunyai
dua atau lebih ahli yang memegang saham-saham syarikat.
Kelebihan syarikat
berhad
1.
Modal
dapat dikumpul dengan mudah dan lebih besar.
2.
Liabiliti
adalah terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja dan tidak melibatkan harta
peribadi.
3.
Syarikat
dan pemegang saham adalah entiti berasingan,pemegang saham dilindungi
undang-undang.
4.
Kewujudan
syarikat secara relatifnya berterusan,walaupun pemegang saham meninggal dunia,muflis,menarik
diri,sakit dsb.
5.
Pengurusan
lebih cekap-wakil yang berkelulusan dan berkemahiran dalam bidang perniagaan.
Kelemahan syarikat
berhad
1.
Penubuhan
dan pembubaran syarikat agak rumit dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak
pendaftar syarikat.
2.
Melibatkan
kos dan masa dalam proses penubuhan.
3.
Syarikat
dikenakan cukai yang tinggi.
4.
Bebanan
prosedur,laporan dan penyata kewangan perlu disediakan dan diserahkan kepada
suruhanjaya syarikat.
5.
Pemegang
saham syarikat yang peratus saham yang sedikit tidak dapat membuat keputusan
untuk syarikat.
KOPERASI
-sebuah organisasi
sosioekonomi yang dianggotai oleh sekumpulan individu secara sukarela bertujuan
untuk memberi kebajikan dan melindungi kepentingan ahli-ahlinya.
Kelebihan koperasi:
1.
Keuntungan
dan kebajikan kepada ahli koperasi.
2.
Liabiliti
kepada ahli adalah terhad kepada modal yang dilaburkan.
3.
Koperasi
mempunyai pelanggan tetap yang terdiri daripada ahlinya.
4.
Mewujudkan
semangat kerjasama dan bantu-membantu antara ahli.
5.
Bersifat
lebih demokratik.
Kelemahan koperasi:
1.
Diuruskan
oleh ahli yang mungkin kurang pengalaman. kurang profesinal dan bermasalah.
2.
Dikuasai
oleh golongan minoriti yang aktif dalam mengambil bahagian dalam koperasi.
3.
Sebahagian
kecil sahaja ahli yang aktif.
4.
Modal
bergantung sepenuhnya kepada yuran dan keuntungan yang kecil.
5.
Kurang
daya saing kerana ditadbir oleh bukan profesional dan modal terhad.
6.
Operasi
adalah mengikut akta koperasi dan dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan
Koperasi.
Ringkasan: perbezaan kempat-empat entiti perniagaan di
atas :
Dimensi
|
Milikan Tunggal
|
Perkongsian
|
Syarikat Berhad
|
Koperasi
|
keahlian
|
seorang
|
Sekurang-kurang 2 dan tidak
melebihi 20 orang
|
2 hingga 50 orang-sdn bhd
2 hingga tiada had-awam berhad
|
100 hingga infiniti
|
pendaftaran
|
Pendaftar perniagaan
|
Pendaftar perniagaan
|
Pendaftar syarikat
|
Pendaftar Koperasi
|
Kawalan undang-undang
|
Akta Perniagaan 1956
|
Akta Perkongsian 1961
|
Akta Syarikat 1965
|
Akta Koperasi 1995
|
Cukai
|
Cukai perseoranagn
|
Cukai perseorangan
|
Cukai atas untung syarikat
|
Cukai dikecualikan
|
Entiti
|
Tidak berasingan
|
Tidak berasingan
|
Entiti berasingan
|
Entiti berasingan
|
Sumber modal
|
Simpanan sendiri,ahli keluarga
|
Rakan kongsi
|
Saham ahli
|
Saham ahli dan yuran
bulanan/tahunan
|
AKTIVITI PERNIAGAAN
Terdapat dua kategori
utama:
a.
Pengeluaran
b.
Perkhidmatan
Pengeluaran
-aktiviti menghasilkan
barang untuk dijual.
-jenis aktiviti
pengeluaran:
1. Ekstraktif
-
mengeluarkan atau mengekstrak bahan mentah daripada perut bumi tanpa mengubah
bentuk asalnya. Contoh pembalakan,perlombongan dan perladangan.
2. Barangan Konsumer
-
barangan yang dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan sendiri atau keluarga.
Contoh gula, minyak dan sabun.
3.Barangan Industri
-barangan yang dibeli
dengan tujuan untuk dijual semula atau diproses semula untuk menghasilkan
barangan baru atau barangan yang dibeli untuk membantu operasi perniagaan.
Contoh bahan kimia dan jentera, minyak masak untuk kegunaan di restoran dan
mesin jahit untuk menjahit pakaian yang ditempah oleh pelanggan.
4.Pembuatan
- aktiviti
menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh
siap.Contoh : getah digunakan untuk menghasilkan tayar dan sarung tangan.
5.Pemasangan
-aktiviti
memasang komponen-komponen untuk menghasilkan barang siap. Contoh komponen
elektrik dipasang untuk menghasilkan TV dan radio.
Perkhidmatan
-aktiviti melibatkan
penawaran barang tidak nampak.
-jenis aktiviti
perkhidmatan:
1.
Runcit
-mendapatkan bekalan
barang daripada pemborong untuk dijual kepada pengguna.
-tugas: memecah pukal,memperagakan barangan,memberi
perkhidmatan dan
khidmat selepas jualan.
2.
Borong
-membeli barang secara
pukal daripada pengeluar dan mengagihkan barang dalam kuantiti yang kecil
kepada peruncit atau pelanggan.
-tugas: memecah pukal
dan membungkus semula barang dalam kuantiti yang lebih kecil dan menyediakan
pengangkutan untuk mengagihkan barang.
3.
Kewangan
-menawarkan
perkhidmatan kewangan kepada pengguna.
-Contoh: bank,syarikat
insurans,syarikat amanah saham dan syarikat sekuriti.
4.
Profesional
- menawarkan perkhidmatan yang khusus.
- Contoh: firma perakaunan, firma guaman, klinik
perubatan.
5.
Perhotelan
- aktiviti perhotelan menawarkan perkhidmatan
penginapan,makanan dan minuman serta kemudahan rekreasi untuk pelancong.
6.
Pendidikan
- pendidikan secara formal untuk menyediakan
sumber tenaga manusia.
SEKTOR
Sektor
awam
|
Sektor swasta
|
Badan
berkanun
|
Definisi; organisasi yg
dimiliki,dibiayai dan diuruskan oleh pihak kerajaan.
|
Firma yg dimiliki individu atau
organisasi samada syarikat tempatan /asing secara persendirian
|
Agensi kerajaan yg diperbadankan
dan bertanggungjawab terhadap aktiviti kerajaan secara khusus.
|
Tujuan:melaksanakan
dasar-dasar,meningkatkan kebajikan rakyat dan membangunkan negara
|
Mendapatkan keuntungan maksimum.
|
Membantu kerajaan melaksanakan
dasar-dasar dan mengawal kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan
negara.
|
Contoh: kementerian
kesihatan,jabatan polis
|
Sime Darby, Federal Publication
Sdn Bhd
|
Bank Agro
KWSP,PERKESO
|
Peranan Sektor Awam
1.
Menggubal
dasar dan peraturan agar dapat menggalakkan pembangunan sektor swasta.
2.
Memastikan
agar peraturan dan undang-undang dipatuhi oleh pihak perniagaan.
3.
Mengeluarkan
lesen/permit kpd perniagaan supaya boleh beroperasi.
4.
Menyediakan
kemudahan awam utk perniagaan dan masyarakat tempatan.
5.
Menyediakan
tenaga kerja yang mahir dlm pelbagai bidang bagi membangun aktiviti
pereniagaan.
6.
Menggalakkan
pertumbuhan sektor-sektor penting dalam negara melalui pemberian insentif
tertentu.
Peranan Sektor Swasta
1.
Mengeluarkan
barang dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pengguna.
2.
Mewujudkan
peluang kerajaan dan mengurangkan kadar pengganguran.
3.
Menyumbang
kepada pendapatan kerajaan melalui pembayaran cukai keuntungan.
4.
Mengembangkan
industri sampingan.
5.
Mewujudkan
penempatan baru.
6.
Memindahkan
teknologi luar ke dalam negara.
Peranan Badan Berkanun
1.
Melibatkan
dlm bidang sosioekonomi yg tidak diceburi pihak swasta.
2.
Menyediakan
rancagan pembagunan ekonomi mengikut fungsi masing-masing dan melaksanakan
rancangan tersebut.
3.
Mengawasi
agar peraturan atau undang-undang dipatuhi oleh pihak perniagaan.
4.
Mengeluarkan
lesen kepada perniagaan supaya dapat beroperasi.
5.
Memberi
latihan dan membantu menyediakan tenaga kerja mahir.
6.
Meningkatkan
penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi melalui bantuan kewangan.
Tahap Perniagaan
Primer
|
Sekunder
|
Tertiar
|
Pengeluaran sumber
semulajadi/bahan mentah dr perut bumi tanpa mengubah bentuk asalnya.
|
Aktiviti pembinaan atau
pemprosesan bahan mentah yg didapati drp aktiviti primer dan menukarkan
kpd barang siap/separuh siap.
|
Aktiviti perkhidmatan yg
dijalankan selepas sesuatu barangan dihasilkan, membantu melancarkan
perjalanan aktiviti perniagaan.
|
Contoh: aktiviti
pembalakan,perlombongan,perikanan dan penternakan.
|
1.Pemprosesan buah kelapa sawit
menjadi minyak kelapa sawit.
2.getah cair dijadikan getah
kering.(barang separuh siap)
|
Perkhidmatan
pengangkutan,insurans,pergudangan
|
Perniagaan Huluan
|
Perniagaan Hiliran
|
-Melibatkan aktiviti primer
berasaskan sumber semulajadi.
-aktiviti perniagaan yang berlaku dahulu
sebelum perniagaan lain dpt dilakukan.
|
-perniagaan yg wujud selepas
aktiviti perniagaan huluan.
-memproses bahan mentah menjadi
barang siap untuk dipasarkan.
|
Contoh:Syarikat Petronas
menjalankan aktiviti cari gali minyak.
|
Aktiviti primer mengeluarkan kayu
balak,akan mewujudkan aktiviti huluan menghasilkan perabot.
|
Perniagaan
Domestik
|
Perniagaan
Antarabangsa
|
Aktiviti perniagaan yg dijalankan
dalam negara untuk pasaran tempatan
|
Aktiviti perniagaan yg dijalankan
dengan negara luar samada import/eksport
|
Tidak melibatkan pertukaran mata
asing-satu jenis matawang
|
Melibatkan pertukaran wang
asing-pelbagai jenis matawang
|
Melibatkan dokumen yang sedikit
|
Melibatkan dokumen yang banyak dan
rumit
|
Pasaran sempit
|
Pasaran luas
|
Kriteria Dalam
Menentukan Saiz Perniagaan
1.
Tenaga
kerja
2.
Modal
3.
Output
4.
Saiz
pasaran
Perniagaan Kecil-
perniagaan industri desa
Kekuatan
1.
Mendapat
galakan kerajaan.
2.
Menghasilkan
keluaran yang tidak dapat dihasilkan oleh firma besar.
3.
Menyokong
industri besar-bekal bahan mentah.
4.
Dapat
mempromosi keluaran berasaskan kemahiran tangan.
Kelemahan
1.
Modal
kecil
2.
Perniagaan
sukar berkembang
3.
Masalah
pemasaran
4.
Pengurusan
yang lemah
5.
Sukar
dapat bekalan
Peranan Firma Kecil
Dalam Industri
1.
Menyokong
pertumbuhan firma besar.
2.
Menyediakan
kepakaran khusus.
3.
Mengurangkan
kos pengeluaran.
4.
Menjimatkan
kos penyimpanan.
5.
Bekalan
yang berterusan.